Friday, June 18, 2010

Sirih Pulang ke Ganggang

Hujung minggu lepas kami berkesempatan untuk pulang ke Kelantan setelah hampir 3 bulan tidak ke sana.Kepulangan kali ini saya rasa agak kosong kerana suami dengan urusan muktamarnya di Pengkalan Chepa.Keluar awal pagi,balik lewat malam, begitulah rutinnya suami saya sepanjang muktamar berlangsung.
Mujurlah ada adik bongsu yang mirip suami saya, maka Hasif mudah untuk saya lepaskan bersama paksunya ke sana sini.Terasa sedikit ringan beban menjaga Hasif walaupun tanpa suami di sisi.

Kami sampai lewat petang,hari pertama di kampung dihabiskan dengan berehat-rehat sahaja di rumah.Duduk di anjung rumah,sambil makan buah-buahan beramai-ramai menambah kemesraan antara kami sekeluarga.

Cuaca agak panas di sana,memang kalau lepas mandi pun boleh berpeluh-peluh lagi.Setelah hampir 2 tahun berkahwin dengan orang sana,saya mula dapat menerima keadaan macam nie.Kami sama-sama orang kampung,biasa hidup dalam kekurangan.

Hari kedua saya menghabiskan masa dengan mek,kakak dan adik di sana.Kami membeli sedikit barang keperluan di pekan Rantau Panjang.Singgah membeli tikar,toto dan barang-barang dapur hinggakan penuh bonet kereta dengan barang.Petang itu saya keletihan hingga sembahyang zuhur mek yang kejutkan;)

Malam itu ayah mengajar di surau..tak ramai anak cucu yang datang seperti kebiasaan yang saya pernah lihat.Seusai solat Isya' kami makan malam bersama-sama.Malam itu malam pertama bola piala dunia.Ada 2,3 orang anak sedara yang berkumpul untuk menyaksikan bersama di rumah itu.


Hari ketiga saya meminta suami untuk mengikut kami semua ke kenduri walimah di Machang.Setelah ayah balik dari menikahkan orang kawin pagi itu,kami ke sana dengan 2biji kereta. Perjalanan hampir 2 jam,sesampai di sana kami lah antara orang awal yang makan kenduri.

Setelah itu saya mengajak ke kenduri sahabat akrab di Ukm dulu.Kami sempat singgah sebentar di rumah Azie.Perut dah rasa kenyang sangat sebab makan banyak di kenduri yang awal tadi,tp kami makan sedikit apa yang ada.Sempat jugak bergambar dengan Azie.

Pulang dari sana kereta hanya ada satu sahaja.Suami saya terus ke Pengkalan Chepa.Apa lagi sumbat je la semua yang ada.Dengan perut yang kekenyangan kereta yang luas itu terasa sempit waktu itu,padahal kami hanya berenam sahaja.Punyelah mengantuk waktu dalam kereta,saya tersengguk-sengguk hinggakan terlanggar bahu mak mertua;)

Lewat petang kami ke kenduri yang ketiga yang hanya tidak jauh dari rumah.Dah pukul 6.30 ptg masih ramai lagi. Meriah sungguh majlis di sini.Ohh tapi perut masih lagi kenyang,saya hanya menjamah sedikit nasi.Yang lebihnya meneguk air sebab kehausan dek cuaca yang panas.

Malam itu seusai buat solat jama' maghrib-isya' saya terus tertidur bersama dengan Hasif.Sedar-sedar dah hampir pukul 1 pagi...suami baru pulang dari kerjanya.Sambung balik tidur kerana keletihan ditambah kekenyangan.

Esoknya awal pagi saya dan suami menolong abang ipar saya membuat persediaan untuk kenduri majlis cukur jambul anak barunya.Suami saya di bahagian potong daging,dan saya di bahagian potong bawang,halia dan timur.Uhh..berair mata dibuatnya,tapi saya berjaya bertahan hingga ke akhirnya.Seronok jugak ramai-ramai berkumpul buat kerja mcm tue.

Selepas hampir siap semuanya,suami mengajak pulang dan menemaninya ke Pengkalan Chepa.Saya memang seronok sangat nak ikut, walaupun saya tahu kat sana nanti saya akan ditinggalkan jugak.

Memegang Hasif seorang diri memang meletihkan,sebabnya dia nak dukung sahaja.Beratnya kini sudah 8.2kg, lebih kurang 2 kampit beras saya memikul hampir 3jam itu.Ohh..terasa nak patah tulang-tulang nie.Dah x larat sangat, saya duduk bersila sahaja di lantai luar dewan.

Pulang dari sana malam itu kami menghadiri kenduri Majlis Cukur Jambul.Selepas Isya' baru majlis bermula dan Hasif time tu lah dia mula meragam nak tidur.Orang berselawat beramai-ramai,saya duduk di luar dapur mendodoikan Hasif.Adehh lenguh mengipasnya dengan kertas untuk menghalau nyamuk yang terbang mencari mangsanya malam itu.

Esoknya sebelum pulang semula ke Kl,sempat singgah di pekan membeli sedikit barang-barang.Biasanya di pekan Rantau Panjang ni lah tempat kami membeli pakaian.

Tengok ni semangat bola piala dunia juga turut dirasai oleh Hasif.Si kecil ini juga sempat mengabadikan gambar ketika membelek-belek jersi bola di kedai bersama abinya.

0 comments:

Post a Comment