Monday, May 31, 2010

Minggu yang menguji kesabaran

Sudah lama rasanya tidak menjengah ke blog ini.Tiada kesempatan dek kerana menjaga si kecil Hasif yang demam nak tumbuh gigi.

Miggu lepas memang menguji tahap kesabaran kami suami isteri. Mana tidaknya Hasif lebih banyak menangis dari diam dengan gear 5 terus tanpa henti-henti.Saya dan suami agak kelesuan dan kepenatan kerana masing-masing tidak cukup tidur ditambah mata yang senak dan kepala yang berpusing-pusing. Semua ini gara-gara hasif nak tumbuh gigi;)

Hari Ahad-Isnin kami dikunjungi Abang Si yang datang dari Kelantan menumpang di rumah untuk menguruskan urusannya di KL.Malam Selasa kami menghantarnya ke Hentian Kajang untuk pulang semula ke Kelantan.

Malam itulah bermulanya episod tidak keruannya buat saya dan suami. Menjelang dalam pukul 3 pagi, Hasif bangun menangis tak henti-henti. Saya menjamah kepalanya yang panas, lantas melumur seluruh kepalanya dengan air asam jawa setelah merasakan hasif demam.Setelah dipujuk-pujuk dan memberi susu, Hasif mula lega dan kami semua menyambung tidur yang tinggal sisa-sisa hampir ke subuh.

Menjengah ke hari Rabu, Hasif makin bertambah nangisnya. Kali ini tidak lagi boleh dipujuk dengan susu, kerana dia seperti kesakitan di dalam mulut. Saya hari itu mengambil cuti untuk menjaganya sepanjang hari.Tetapi ianya betul-betul menguji tahap kesabaran saya apabila terpaksa mendukung Hasif sepanjang masa kerana dia tidak mahu diletak ke bawah.

Sakit belakang, lengan dan tangan usah nak di kata,namun saya biarkan kesakitan itu demi anak tersayang.Kadang-kadang rasa tertekan bilamana Hasif tidak berhenti-henti menangis,puas sudah dipujuk namun tidak mendatang hasil.

Saya teruji bilamana hari itu suami saya agak sibuk dan banyak kerja.Dalam pukul 10 malam baru dia habis menyelesaikan urusannnya.Hasif bertukar tangan kepada suami pula walaupun saya tahu dia masih penat setelah pulang bekerja.Esok hari kami akan pulang ke kampung untuk kenduri doa selamat mak dan abah pergi umrah.

Melihat jam hampir 12 malam, Hasif masih tidak mahu tidur dan terus menangis.Melihat keadaan itu kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung malam itu juga.Andai malam itu kami berjaga malam seperti malam sebelumnya, pasti esoknya kami kepenatan dan suami tidak bertenaga untuk memandu pulang ke kampung.

Saya tertidur di dalam kereta dek kerana kepenatan siang hari itu.Hasif juga tidur di pangkuan saya sepanjang jalan.Suami memandu keseorangan, dan saya hanya tersedar bila kereta kami berhenti.Rupanya suami saya juga mengantuk dan sudah beberapa kali kereta kami hampir terbabas.Syukur Allah masih pelihara kami sekeluarga.Tiga kali juga kami berhenti di R&R untuk tidur sebentar dan sampai di kampung pukul 4 pagi.

Sejurus sampai di rumah,suami terlalu penat dan terus tidur selepas itu.Sekali lagi saya teruji bilamana Hasif menangis tidak henti-henti sehinggalah hampir ke subuh.Pagi itu mata saya kelihatan sembab, solat pun rasa nak tumbang.

Kami ke klinik Dr Hizul pagi itu.Kebetulan dia kenal saya dan suami dan kami bersembang untuk seketika.Dia melihat keadaan Hasif dan selepas itu diberinya ubat tahan sakit,antibiotik dan demam dengan percuma."Ini hadiah untuk pejuang Islam," katanya

" Tak tidur malam, penat menjaganya InsyaAllah besar pahalanya"

Ya Allah...dalam situasi ini terasa ringan sedikit beban kami.Masih ada yang sudi mengingatkan disaat kami tertekan.

Malam itu saya membawa Hasif ke masjid untuk turut serta dalam majlis tahlil.Memang sudah dijangka, Hasif tak boleh duduk diam dan merengek-rengek, saya dan suami bergilir mendukungnya.Seusai majlis, k.la sekeluarga dari Kulim sampai di masjid dan kami makan bersama.

Hari jumaat kami tiada aktiviti, Hasif masih terus dalam kesakitan,namum kami agak sedikit lega bilamana K.la dan A.Mansor sudi bergilir untuk memegang Hasif.

Sabtu pagi kami pergi ke Ulu Chepor bersama keluarga K.la.Saya bawa Hasif bermain-main dengan air sungai supaya dia hilang perhatian terhadap kesakitannya.

Selepas itu kami pergi ke kenduri walimah sahabat sedorm di Taayah dulu.Di sana saya sempat menemui beberapa sahabat lain namun tak sempat untuk berbual panjang.Kami makan bergilir dan selepas itu sempat bergambar dengan pasangan pengantin.

Kami pulang ke rumah pukul 2.30 petang dalam keadaan yang sangat letih dengan harapan Hasif dapat bertenang untuk seketika.Namun tiada perubahan untuk Hasif dan saya dan suami menjaganya bergili-gilir dengan kesabaran yang semakin menipis namun kami gagahkan jua.

Petang itu mak mandikan Hasif dengan air jampi dari Ayat-ayat Al-Quran.Selepas itu terasa ada perubahan pada Hasif, dan dia mula tidur selepas itu walaupun sekejap-sekejap.Tasbih dari kayu koka saya letakkan bawah bantal sepertimana pesan mak untuk membantu Hasif tidur lena.

Saya agak lega, tetapi ujian masih tidak putus lagi, dan kali ini saya diuji dengan susu yang semakin bengkak dek kerana Hasif tidak mahu menghisapnya.Sakitnya tuhan saja yang tahu...Apabila dituam baru rasa sedikit kelegaan.

Hasif dan mula memberi respon positif.Dia dah mula mahu makan dan menghisap susu walaupun sedikit. Malam itu Hasif tidur agak lena,dan kami terasa puas dan cukup tenaga untuk pulang semula ke KL esoknya.


Alhamdulillah keadaan bertambah baik.Sebelum kami pulang,sempat berkumpul dengan keluarga k.na untuk seketika.Cuti kali ini walaupun agak perit untuk melalui setiap waktu namun masih terasa manisnya bilamana dapat berkumpul dengan ahli keluarga dan sahabat handal.Begitulah rahmatNYA...tidak membiar hambanya terus derita.

"Syukur Ya Allah, Engkau beri kekuatan kepada kami untuk melepasi ujian ini."
"Dengan sebatang gigi kami diuji,terasa kerdilnya diri ini..."

Monday, May 24, 2010

Contest Baby With Soother/Feeding Bottle

Contest ini dianjurkan oleh nurul-ashari.blogspot.com dengan syarat mengupload gambar anak berumur antara 0-4 tahun bersama puting atau botol susu atau kedua-duanya sekali.

[KILIK SINI] untuk join

Contest kali ini agak menarik sedikit. Hasif sebenarnya tidak pandai menghisap puting mahupun botol susu sendiri, tetapi entah apa perangainya tiba-tiba suka bermain dengan putingnya yang telah sekian lama tersimpan begitu sahaja.

Gambar ini akan kami pertaruhkan untuk contest ini.

Nama anak: Muhammad Hasif 'Ulwan B. Mohd Nazri
Tarikh Lahir: 5 September 2009
Email: n_imna@yahoo.com

Hasif ni bukan nak hisap sangat putingnya.Dia suka meniup-niup sambil tersembur-sembur air liurnya;) Habis puting tu digigit-gigitnya.Agaknya tengah gatal gusi tu.Inilah antara gambar yang kami sempat snap ketika Hasif sedang leka bermain.

Untuk contest ini saya nak tag k.lee, kakak sedorm di Taayah dulu;)
USRAH ALIF KHAMSA

Friday, May 21, 2010

Contest Dad's Special Moment


[klik sini]
Contest ni saya nak cuba untuk pertama kalinya didedikasikan kepada suami tersayang sempena hari bapa.

Emm..syarat dalam contest ni kene letak gambar ayah yang paling touching dengan anak.Banyak moment touching antara mereka yang saya terlepas.Yang paling baru ni hasif boleh melompat katak untuk cium abinya di pipi selepas habis muka saya digomolnya dengan mulut yang tidak berhenti-henti basah;)

Buah hati kami sudah pandai menunjukkan kasih sayangnya dengan memberikan ciuman di pipi.Tidak mengapalah basah satu muka sekalipun, saya begitu menghargainya.

Satu lagi perangai hasif yang melucukan suka sangat meniup perut abi dan uminya. Pelbagai bunyi akan terkeluar....dengan hasif yang meniup bersungguh-sungguh amat menggelikan dan melucukan. Saya yang mula-mula suka meniup perutnya untuk melihat dia ketawa, dan kini dia pula pandai meniru gaya itu. Memang itu antara saat yang menggembirakan kami semua.

Rasanya untuk contest ni saya akan mempertaruhkan gambar ini.

Thursday, May 20, 2010

Contest tidur paling comel


KLIK sini untuk join
"Hmmm...macam menarik contest ni"

Terima kasih pada mama Ahmad yang telah sudi berkongsikan contest-contest yang menarik untuk kami sekeluarga turut serta.

Syarat kali ini mesti gambar bayi berumur antara 0-4 tahun yang tengah tidur nyenyak bersama bantal.

Oleh itu saya rasa gambar nie paling menarik untuk dipertaruhkan.Selalunya Hasif tidur meniarap,tapi sebab dia baru lepas baik demam, dia tidur dengan lenanya sambil terlentang.



Nama anak : Muhammad Hasif 'Ulwan B. Mohd Nazri
Umur:8 bulan
Tarikh Lahir: 5 September 2009
Warna Kesukaan: Hijau (nie ummi yang pilihkan)

Tuesday, May 18, 2010

Terjemahan cinta pada perkahwinan



"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.[Al-Furqan:74]"

Sedang dalam keadaan penat dan mengantuk melewati tiga jam terakhir waktu bekerja terbaca dalam facebook seorang rakan lama mengenai kisah bercinta selepas nikah.

Saya antara yang sedang melaluinya saat selepas kami diijabkabulkan hampir dua tahun yang lepas. Perasaan yang hampir lama dipendamkan kini dapat saya curahkan kepada suami.Tanyalah kepada mereka yang lain yang juga pernah merasainya...memang terasa indah dan mengasyikkan.

Sebelum bergelar suami isteri segalanya terbatas.Bahkan segalanya harus berhati-hati agar tidak jatuh fitnah dan mengaibkan. Bercinta selepas kahwin mendorong pasangan utk lebih mengenali antara satu sama lain.Di sinilah kelebihannya yang tidak ada pada pasangan yang bercouple.





"Abang..."

Masih saya ingat dengan jelas ucapan pertama yang diluahkan pada suami.Saya simpan perkataan itu hanya utk dirinya.

Seusai majlis perkahwinan saya diusik kawan-kawan bertanyakan apakah panggilan untuk saya.Saya waktu itu hanya tersenyum malu...Tidak biasa dengan ungkapan cinta namun terasa begitu bahagia tatkala suami memanggil "sayang..."

Dialah lelaki yang dulu hanya dipandang dari jauh, kini dekat dihati.Kucupan pertama didahi terasa hangat hingga kini.

"Ya Allah...terima kasih atas anugerah cinta yang tidak ternilai ini."

Monday, May 17, 2010

Hujung minggu yang ceria...





Hujung minggu ini terasa penuh bermakna bila dapat berhimpun semula dengan teman-teman lama..

"Norma ada kat rumah x hujung minggu nie"

SMS itulah yang menjadi asbab pertemuan kami semua. Sahabat-sahabat seISIUKM memang akrab dari dulu hingga sekarang. Terasa bagai adik beradik, sering bertanya khabar. Hampir kebanyakannya telah berkeluarga.

Petang sabtu, rombongan family k.Fara dan Aini datang ke teratak kami. Masing2 membawa anak dan suami menjadikan suasana penuh ceria dan harmoni

"Umar dah 2 bulan...dah pandai senyum"
" Ahmad dah semakin besar, bulat matanya"
"Hasif dah merangkak..tengah lasak memanjat sekarang"

Masing2 menceritakan perkembangan anak masing2 yang sedang membesar. Si suami pula rancak bercerita isu semasa...perbualan yang rancak seakan2 telah lama berkenalan.Mereka kemudian sama2 ke surau utk solat maghrib.

Ummi2 yang lain solat di rumah saya sahaja.Setelah selesai semuanya kami kemudian berkonvoi pula ke rumah k.Zue ...Kami disambut mereka sekeluarga dan dijamu pula bihun sup,kebetulan saya memang sedang lapar;)

Azam anak k.Zue seusia dengan hasif, juga tengah lasak mengexplore rumah.Anak2 lain pula semakin rancak bermain dengan bola yang memenuhi ruang tamu.Indah sungguh rasanya suasana itu.

Di akhir pertemuan kami sempat bergambar tanda kenangan.. bila dilihat betul2 muka setiap pasangan hampir serupa dengan pasangan masing2. Itulah kuasa Allah yang mengaturkan segala2nya...

"Sahabat...mungkinkah dapat kembali kita bertemu?"
"Aku rindu saat dulu kita bersama"
"Suka duka dikongsi...dan kini menjadi nostalgia"

Friday, May 14, 2010

Yang terindah...




"Kau yang bernama cinta..."
"Kau yang memberi rasa..."
"Kau ilhamkan bahagia..."
"Hingga ku terasa indah"

Indah sungguh lirik lagu tema dalam cerita Adamaya di tv3 nie...Cerita suka duka dan konflik dalam rumahtangga.

Jarang sekali utk saya memberi perhatian terhadap setiap siri drama yang lain.Tetapi cerita ini memang ada kelainannya.Melihat karakter Adam sebagai suami yang penyabar, penuh cinta dan bertanggungjawab terasa begitu geram bila Maya sebagai isteri tidak menghargainya.

Melihat dengan mata sendiri isteri bermesra dengan bekas kekasihnya pasti melukakan hati seorang suami, tetapi Adam bijak memilih jalan penyelesaiannya.Dia tidak mengikut perasaan, tetapi terus berusaha lebih baik utk merebut kembali hati isterinya

Dan Maya terus dibuai cinta lama yang berputik semula dek terlalu mengikut perasaan tanpa memperduli status sudah beristeri. Sehingga satu ketika melihat sendiri dpn mata kelakuan buruk kekasih lamanya.Dan akhirnya Maya kembali sedar suaminya adalah yang terbaik dan pulang mendambakan cinta buatnya

Adamaya hanya sebuah cerita... secara realiti banyak konflik rumahtangga yang berlaku seperti itu

Manusia memang begitu...adakalanya apa yang sudah diperolehi jarang sungguh utk menghargainya. Sebelum mendapatkannya itulah yang dikejar...namun cinta pudar tatkala sudah memperolehinya

Kenapa boleh begitu...? Jawapannya manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang ada

" Ya Allah... andai kami alpa peringatkanlah"
" Satukan hati kami dalam kebaikan dan kebajikan"
" Lindungi keluarga kami dari segala perbuatan yang tidak baik. "
"Moga kami dipertemukan semula disyurgaMu..."

Thursday, May 13, 2010

Pertemuan sekali ini


Hari ini berkesempatan utk menemui sahabat lama sewaktu bertugas di UTM dulu..Kami duduk serumah, dan bagi saya merekalah antara sahabat rapat saya disana. Masing2 dengan cerita dan perkembangan terkini yang ingin dikongsikan.


"Atul masih tengah writing sekarang..."

"Due date bulan 7 nanti..."


"Dihah contract kt sini 3 bulan..."

"stress tengah cari rumah area sini..."

"persiapan bulan 6 ni nanti lagi... "


Antara perbualan yang sempat kami kongsikan.


Pertemuan sekali ini sempat utk kami makan tengah hari bersama, solat bersama mengimbas kenangan di Johor sewaktu tika dulu


Banyak kenangan saya di sana bersama teman2 serumah dan sepejabat. Ukhuwah kami begitu akrab dirasakan.


Seringkali mengadakan jamuan makan di ofis, menziarah rumah kawan2 dan staf yang lain, road tour kenduri walimah, menyambut hari jadi dan macam2 lagi...


Semuanya kaki berjalan dan meraikan orang lain walaupun masing2 sibuk dengan tugasnya.


Setiap kali hujung minggu kami sering masak memasak dirumah dan menjemput kawan2 lain utk turut serta menjamu selera.


Disinilah saya belajar buat muffin, dadih dan kek dgn diha dan berjaya menjual keseluruhannya di majlis sukan PASTI


Tak lupa juga ecah yang selalu menunjukkan kepakaran masak masakan barat dan sememangnya saya yang menjadi tukang makannya


Azie pula selalu offer utk naik transportnya pegi kemana2..dan kami selau pergi ke ladangnya melihat ikan2 dan membeli buah


Itu semua antara kenangan yang akan saya simpan selamanya.


Merekalah sahabat...susah senang boleh dikongsi bersama


"Terima kasih buat kalian semua...may our friendship will last forever"

Wednesday, May 12, 2010

Ceritera larut malam


"Dulu umi selalu letak wangian dalam bilik kita.."
"Sekarang dah x lagi.."

Cerita kami sebelum masuk tidur.Saya faham maksud suami itu.Memang dulu saya sering meletakkan wangian dalam kamar kami..Bukan itu saja, hampir satu rumah kalau boleh ingin berbau harum.

Memang itu sudah menjadi kebiasaan sebeleum kahwin lagi..namun kini teratak kami seperti tidak terurus.Saya akur semua itu

Menghias rumah mendatangkan kedamaian pada penghuninya..Tidak perlu utk menyesakkan rumah dengan barang2 yang mahal...cukup sekadar segala yang ada disusun rapi,kemas dan teratur.

Itu antara ilmu rumahtangga yang diajar emak sebelum berkahwin dulu.

"Kalau xsempat sangat nak kemas,pastikan bilik tidur sentiasa kemas dan bersih untuk suami berehat dengan tenang dan selesa"

"Xsempat basuh pinggan,basuh kain ,cukupsekadar bersihkan ruang tamu kerana ia tempat seisi keluarga menghabiskam masa bersama-sama."

Begitulah anatara pesan emak yang saya ingat dan jadikan panduan

Cuma kadangkala ada perkara yang menyesakkan fikiran dan meletihkan menyebabkan teratak kami terabai. Menjadi ibu muda dalam masa yang sama masih belajar merupakan satu cabaran yang besar.

Bukan mudah untuk membahagikan masa..menguruskan tesis yang bermasalah ditambah sikecil yang sdg excited mengexplore dunia barunya seringkali buat saya tewas dan memandang sebelah mata sahaja

Namun saya mengerti itu semua bukan alasan. Suami, anak, pelajaran..itu semua amanah buat saya.

Keluarga menjadi keutamaan kerena mereka anugerah yang tidak ternilai.Tanpa suami dan anak tidak mungkin saya mengecap nikmat bahagia yang ada sekarang

Segalanya bukan alasan..namun perlukan kekuatan. Ya..kekuatan hanya dr Allah

"Abi...maapkan umi atas segala kekurangan yang ada"
"Adik...umi bukan yang terbaik,namun segalanya akan umi korbankan utk adik dan abi"

Tuesday, May 11, 2010

Dilema anak bongsu

"Umi nie boleh tak macam orang tua sikit..dah anak sorang pun mcm budak2 lagi"

Antara nasihat yang perlu saya anggap positif untuk menuju kesempurnaan. Tak diminta utk lahir sebagai anak bongsu, tetapi mungkin suasana dan didikan membentuk sifat anak bongsu yang sentiasa ingin dimanja, diberi perhatian dan disediakan segalanya...Maksud nasihat dari suami agar berfikiran tua tetapi berjiwa muda.


Sebagai contoh, tak ramai yang didedahkan dengan cara dan adab melayan tetamu kerana kebanyakan anak2 sekarang lebih suka bersendirian berbanding bersama-sama ibubapa melayan tetamu yang hadir. Walau bagaimanapun,mak dan ayah saya sentiasa mendidik utk meraikan tetamu sejak kecil lagi..tetapi saya tidak pula ketahui adab-adab yg lain seperti yg dinasihatkan suami.

"Kalau nak ambik kuah gulai..cukup 2x dulu utk m'hormati tetamu yg makan bersama.
Nak hidangkan makanan,keluarkan air basuh tangan, air, gelas, gulai dan lauk terlebih dahulu..baru disusuli dgn nasi supaya tetamu tidak terasa lama menunggu makanan. "

Begitulah telitinya suamiku berbanding diri saya sendiri yang kurang dgn benda2 begini. Untung dia ada disisi utk sentiasa menegur dan menutup kekurangan diri yang ada..Anak bongsu bukan lagi alasan..kerana segala kekurangan boleh diperbaiki.Benarlah dirimu pelengkap diriku...