Sudah lama rasanya tidak menjengah ke blog ini.Tiada kesempatan dek kerana menjaga si kecil Hasif yang demam nak tumbuh gigi.
Miggu lepas memang menguji tahap kesabaran kami suami isteri. Mana tidaknya Hasif lebih banyak menangis dari diam dengan gear 5 terus tanpa henti-henti.Saya dan suami agak kelesuan dan kepenatan kerana masing-masing tidak cukup tidur ditambah mata yang senak dan kepala yang berpusing-pusing. Semua ini gara-gara hasif nak tumbuh gigi;)
Hari Ahad-Isnin kami dikunjungi Abang Si yang datang dari Kelantan menumpang di rumah untuk menguruskan urusannya di KL.Malam Selasa kami menghantarnya ke Hentian Kajang untuk pulang semula ke Kelantan.
Malam itulah bermulanya episod tidak keruannya buat saya dan suami. Menjelang dalam pukul 3 pagi, Hasif bangun menangis tak henti-henti. Saya menjamah kepalanya yang panas, lantas melumur seluruh kepalanya dengan air asam jawa setelah merasakan hasif demam.Setelah dipujuk-pujuk dan memberi susu, Hasif mula lega dan kami semua menyambung tidur yang tinggal sisa-sisa hampir ke subuh.
Menjengah ke hari Rabu, Hasif makin bertambah nangisnya. Kali ini tidak lagi boleh dipujuk dengan susu, kerana dia seperti kesakitan di dalam mulut. Saya hari itu mengambil cuti untuk menjaganya sepanjang hari.Tetapi ianya betul-betul menguji tahap kesabaran saya apabila terpaksa mendukung Hasif sepanjang masa kerana dia tidak mahu diletak ke bawah.
Sakit belakang, lengan dan tangan usah nak di kata,namun saya biarkan kesakitan itu demi anak tersayang.Kadang-kadang rasa tertekan bilamana Hasif tidak berhenti-henti menangis,puas sudah dipujuk namun tidak mendatang hasil.
Saya teruji bilamana hari itu suami saya agak sibuk dan banyak kerja.Dalam pukul 10 malam baru dia habis menyelesaikan urusannnya.Hasif bertukar tangan kepada suami pula walaupun saya tahu dia masih penat setelah pulang bekerja.Esok hari kami akan pulang ke kampung untuk kenduri doa selamat mak dan abah pergi umrah.
Melihat jam hampir 12 malam, Hasif masih tidak mahu tidur dan terus menangis.Melihat keadaan itu kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung malam itu juga.Andai malam itu kami berjaga malam seperti malam sebelumnya, pasti esoknya kami kepenatan dan suami tidak bertenaga untuk memandu pulang ke kampung.
Saya tertidur di dalam kereta dek kerana kepenatan siang hari itu.Hasif juga tidur di pangkuan saya sepanjang jalan.Suami memandu keseorangan, dan saya hanya tersedar bila kereta kami berhenti.Rupanya suami saya juga mengantuk dan sudah beberapa kali kereta kami hampir terbabas.Syukur Allah masih pelihara kami sekeluarga.Tiga kali juga kami berhenti di R&R untuk tidur sebentar dan sampai di kampung pukul 4 pagi.
Sejurus sampai di rumah,suami terlalu penat dan terus tidur selepas itu.Sekali lagi saya teruji bilamana Hasif menangis tidak henti-henti sehinggalah hampir ke subuh.Pagi itu mata saya kelihatan sembab, solat pun rasa nak tumbang.
Kami ke klinik Dr Hizul pagi itu.Kebetulan dia kenal saya dan suami dan kami bersembang untuk seketika.Dia melihat keadaan Hasif dan selepas itu diberinya ubat tahan sakit,antibiotik dan demam dengan percuma."Ini hadiah untuk pejuang Islam," katanya
" Tak tidur malam, penat menjaganya InsyaAllah besar pahalanya"
Ya Allah...dalam situasi ini terasa ringan sedikit beban kami.Masih ada yang sudi mengingatkan disaat kami tertekan.
Malam itu saya membawa Hasif ke masjid untuk turut serta dalam majlis tahlil.Memang sudah dijangka, Hasif tak boleh duduk diam dan merengek-rengek, saya dan suami bergilir mendukungnya.Seusai majlis, k.la sekeluarga dari Kulim sampai di masjid dan kami makan bersama.
Hari jumaat kami tiada aktiviti, Hasif masih terus dalam kesakitan,namum kami agak sedikit lega bilamana K.la dan A.Mansor sudi bergilir untuk memegang Hasif.
Sabtu pagi kami pergi ke Ulu Chepor bersama keluarga K.la.Saya bawa Hasif bermain-main dengan air sungai supaya dia hilang perhatian terhadap kesakitannya.
Selepas itu kami pergi ke kenduri walimah sahabat sedorm di Taayah dulu.Di sana saya sempat menemui beberapa sahabat lain namun tak sempat untuk berbual panjang.Kami makan bergilir dan selepas itu sempat bergambar dengan pasangan pengantin.
Kami pulang ke rumah pukul 2.30 petang dalam keadaan yang sangat letih dengan harapan Hasif dapat bertenang untuk seketika.Namun tiada perubahan untuk Hasif dan saya dan suami menjaganya bergili-gilir dengan kesabaran yang semakin menipis namun kami gagahkan jua.
Petang itu mak mandikan Hasif dengan air jampi dari Ayat-ayat Al-Quran.Selepas itu terasa ada perubahan pada Hasif, dan dia mula tidur selepas itu walaupun sekejap-sekejap.Tasbih dari kayu koka saya letakkan bawah bantal sepertimana pesan mak untuk membantu Hasif tidur lena.
Saya agak lega, tetapi ujian masih tidak putus lagi, dan kali ini saya diuji dengan susu yang semakin bengkak dek kerana Hasif tidak mahu menghisapnya.Sakitnya tuhan saja yang tahu...Apabila dituam baru rasa sedikit kelegaan.
Hasif dan mula memberi respon positif.Dia dah mula mahu makan dan menghisap susu walaupun sedikit. Malam itu Hasif tidur agak lena,dan kami terasa puas dan cukup tenaga untuk pulang semula ke KL esoknya.
Alhamdulillah keadaan bertambah baik.Sebelum kami pulang,sempat berkumpul dengan keluarga k.na untuk seketika.Cuti kali ini walaupun agak perit untuk melalui setiap waktu namun masih terasa manisnya bilamana dapat berkumpul dengan ahli keluarga dan sahabat handal.Begitulah rahmatNYA...tidak membiar hambanya terus derita.
"Syukur Ya Allah, Engkau beri kekuatan kepada kami untuk melepasi ujian ini."
"Dengan sebatang gigi kami diuji,terasa kerdilnya diri ini..."
Monday, May 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
alhamdulillah, tingginya kesabaran norma n nazri. kami klu ahmad wat hal skali skala je dh hmpir tensen...hehehe...sbb jrg di uji. kalian yg dh biasa teruji cmtu mmg smkin tinggi la tahap kesabaran tu.
...mama ahmad...
Post a Comment