Monday, June 7, 2010

Jalan-jalan Hujung Minggu


Cuti hujung minggu baru-baru ini terasa diisi dengan sepenuhnya bersama suami dan anak.Walaupun kami agak keletihan,keluar awal pagi,pulang lewat malam namun saat-saat macam inilah terasa bahagianya bersama keluarga.

Pagi sabtu, saya dan Hasif mengikuti suami ke Kg Baru menghadiri program press media mengenai bantahan terhadap judi bola oleh Persatuan Anak Melayu Selangor.Alhamdulillah penganjur menyediakan jamuan makan tengahari, xpayahlah saya masak hari itu;).

Pulang dari sana,setelah sempat servis kereta seketika di Seri Kembangan kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di Putrajaya.Perjalanan kali ini ke sana hajatnya untuk pergi ke Pullman Lake Site yang dikatakan oleh Aini dan K.Zue antara tempat yang menarik untuk bersantai bersama keluarga. Sampai di sana memang kami teruja dengan pemandangan yang mengindahkan.Namun tempat ini rasanye mungkin kurang popularnya dan masih ramai yang tidak mengetahuinya.Kami solat Zohor sebentar dan kemudian ke Pasir Buatan sambil makan-makan dan mengambil gambar.Sempat juga memerhatikan dua pasangan pengantin yang mengambil gambar outdoor,mesti cantik gambar-gambar mereka.

Pulang dari sana kami bersantai-santai di rumah.Makan petang hari itu saya gorengkan nugget yang menjadi kegemaran suami.Malam setelah solat Maghrib,kami bertiga ke Pasar Raya membeli barang menaiki motor.Hasif saya pegang erat-erat takut terlucut.Teringat saat pertama menaiki motor bersama suami,kami ke Pekan Batu Gajah membeli kasut.Orang kampung yang saya kenali tersenyum mengangkat tangan tatkala terserempak di pekan.

Pagi esoknya saya menyediakan spagheti untuk sarapan pagi.Setelah solat Zohor berjemaah kami ke kenduri sahabat saya di AMI dulu.Meriah sungguh keadaan di sana dengan kompang bertalu-talu.Pulang dari sana Hasif dihadiahkan dengan ciuman dari pengantin perempuan.Tengoklah pipinya yang merah ni...;)

Petang itu kami perlu mengambil anak sedara di Hentian Putra.Sementara menanti dia tiba,kami bersantai di Taman Tasik Perdana.Riang sungguh kanak-kanak di sini bermain..
Tunggulah Hasif dah besar sikit nanti,kalau bawa ke sini mesti tak mau kalau diajak balik;).Terasa gembira sangat berjalan-jalan di sini,sambil berpegangan tangan menyelusuri taman-taman dan tasik yang indah.

"Abi...bawalah lagi kami ke sini lepas ni ye."

Setelah hampir masuk Asar,kami solat di Masjid Negara.Aduhh..penat berjalan mengambil wudhu' kerana jaraknya agak jauh juga dari ruang solat.Sepatutnya dipermudahkan untuk orang tua dan ibu mengandung khususnya.KAmi solat bergilir-gilir.Hasif kelihatan seronok merangkak di kawasan yang luas di ruang solat. Sudah tidak takut dengan orang...siapa saja pasti dia tersenyum.

Selesai semuanya kami ke Hentian Putra mengambil anak sedara dan membawanya ke Cheras,kondo budak-budak medic USIM.Memang besar dan mewah bilik mereka nie.Kami mengangkat barang-barang dan solat Maghrib di sini.Setelah itu kami pulang ke rumah dengan badan yang keletihan namun terasa gembira dan bahagia.

2 comments:

Ilyana Ar Razi said...

salam ziarah!
apa kabar?

ummu hasif said...

Time kasih sudi berkunjung ke blog ni..Alhamdulillah sihat...lame dah xjumpe akak
Insyirah mesti dh besar ye

Post a Comment